Demi jaga privasi isteri, bintang TTMM2 Kim Khairii pilih sorok status kahwin dan punya anak usia 4 bulan

EntertainmentLifestyle
19 May 2026 • 9:06 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: Demi jaga privasi isteri, bintang TTMM2 Kim Khairii pilih sorok status kahwin dan punya anak usia 4 bulan

SIAPA sangka, di sebalik populariti yang melonjak naik menerusi program Talk To My Manager 2 (TTMM2), Kim Khairii rupa-rupanya sudah setahun bergelar seorang suami.

Memilih untuk tidak menghebohkan perkahwinannya kepada umum, pemilik nama sebenar Muhammad Daniel Khaqim Mohd Khairi mengakui lebih selesa mengasingkan kerjaya seni dan kisah peribadi demi melindungi privasi keluarga tercinta.

Menariknya, mahligai yang dibina bersama wanita pilihan hatinya itu kini diserikan lagi dengan kehadiran seorang cahaya mata lelaki yang kini sudah pun menginjak usia empat bulan.

Terdahulu, isu tersebut bermula daripada hantaran tular seorang pengguna aplikasi Threads akhirnya terjawab apabila anak kepada penyanyi veteran, Safura, ini tampil mengesahkan spekulasi tersebut dengan nada yang cukup matang dan tenang.

Image from: Demi jaga privasi isteri, bintang TTMM2 Kim Khairii pilih sorok status kahwin dan punya anak usia 4 bulan

“Betul saya dah kahwin. Saya sudah mendirikan rumah tangga pada tahun lalu. Saya pilih untuk menjaga privasi yang penting sekarang orang dah tahu saya sudah berkahwin.

"Saya sudah mengenalinya selama empat tahun sebelum berkahwin. Kami juga sudah ada seorang cahaya mata lelaki berusia empat bulan," dedah bintang muda tersebut.

Keputusan untuk menyimpan kemas kisah bahagia ini bukanlah bermakna dia cuba berahsia, sebaliknya pelakon itu amat menghormati permintaan dan keselesaan suri hatinya yang enggan wajah mereka menjadi tatapan khalayak di media sosial.

Image from: Demi jaga privasi isteri, bintang TTMM2 Kim Khairii pilih sorok status kahwin dan punya anak usia 4 bulan

"Saya memilih untuk merahsiakan di media sosial dan tidak berkongsi sebarang foto bersama isteri dan anak.

"Lagi pun, isteri saya tidak selesa sekiranya wajahnya dikongsi kepada umum,” katanya kepada Gempak.

View Original Article