Demi Kesihatan Anak Muda, Perlis Haramkan Penjualan Rokok Elektronik Bermula 1 Ogos

LocalHealth & Fitness
14 May 2025 • 3:30 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Kerajaan Negeri Perlis membuat keputusan untuk mengharamkan penjualan rokok elektronik atau vape di seluruh negeri tu, bermula 1 Ogos ini.

Menurut laporan Kosmo! Online, Menteri Besar Mohd. Shukri Ramli berkata keputusan ni akan melibatkan kurang daripada 50 premis yang jual vape.

Penjualan rokok elektronik

image is not available

Disebabkan itu, kerajaan negeri harap para peniaga yang terlibat bersedia dari sekarang dengan mencari alternatif perniagaan lain sebelum tarikh pelaksanaan.

“Kerajaan negeri akan memberikan sokongan kepada pengusaha vape di Perlis untuk mereka membuka perniagaan baharu yang bersesuaian,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini hari ini.

Penjualan rokok elektronik

image is not available

Jelas Mohd. Shukri, langkah berkenaan diambil kerana penggunaan rokok elektronik tersebut memberi ancaman dan kesan negatif terhadap kesihatan orang ramai terutamanya golongan muda.

“Majlis Fatwa Kebangsaan sebelum ini telah mengeluarkan fatwa yang mengharamkan penggunaan vape dan kerajaan negeri berusaha melaksanakannya secara menyeluruh,” ujarnya.

Sumber: Kosmo! Online (Syed Azlan Sayid Hizar)