
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sebelum ini, Terengganu telah memaklumkan akan menguatkuasakan larangan penjualan produk rokok elektronik di seluruh premis negeri berkenaan bermula 1 Ogos ini.
Keputusan itu diambil oleh negeri tersebut untuk membendung penjualan termasuk penggunaannya yang boleh memberikan kesan buruk kepada kesihatan rakyat.
Malah Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Terengganu, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi turut menjelaskan kesan buruk rokok elektronik atau vape itu semakin buruk dan turut membabitkan pelajar sekolah.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Beri Kesan Negatif Kepada Kesihatan Rakyat, Terengganu Larang Penjualan Vape Mulai 1 Ogos
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Bukan Nak Menyusahkan Rakyat, Ini Sebab Terengganu Haramkan Vape Sepenuhnya
Perlis turut haramkan penjualan vape mulai 1 Ogos
Terbaharu, selepas Terengganu kerajaan negeri Perlis turut mengambil langkah sama apabila mengharamkan penjualan vape berkuat kuasa pada 1 Ogos depan.
Jelas Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli keputusan berkenaan bakal membabitkan kurang daripada 50 premis yang menjual rokok elektronik tersebut.
Oleh itu, beliau berharap pengusaha atau peniaga yang terbabit dapat bersedia dalam mencari perniagaan baharu sebelum tarikh yang ditetapkan itu.
“Kerajaan negeri akan memberikan sokongan kepada pengusaha vape di Perlis untuk mereka membuka perniagaan baharu yang bersesuaian,” ujarnya, lapor Kosmo.
Haramkan selepas dapati kesan negatif dan ancam anak muda
Menurut beliau lagi, keputusan itu diambil sebaik mendapati penggunaan vape beri kesan negatif selain menjadi ancaman kepada anak muda di Perlis.
“Majlis Fatwa Kebangsaan sebelum ini telah mengeluarkan fatwa yang mengharamkan penggunaan vape dan kerajaan negeri berusaha melaksanakannya secara menyeluruh.”
Source:




![“First Time Pergi TRX”- Pakcik & Makcik Kongsi Sesat Dalam Mall Tapi Ramai Rasa Bahagia [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/lifestyle.jpeg)