Demi Konten, Lelaki Ini Makan Sandwich ‘Whiskas’ Sampai Termuntah-Muntah

15 Jun 2023 • 11:24 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Konten pelik, sanggup makan cipta kelainan dengan makan ‘whiskas’ untuk dapat perhatian netizen

Demi Konten, Lelaki Ini Makan Sandwich Whiskas Sampai Termuntah-Muntah. Baru-baru ini, satu hantaran video menjadi tular apabila seorang individu memuat naik konten yang ‘unik’ iaitu memakan roti dengan inti makanan kucing, Whiskas.

Menerusi perkongsian di laman TikTok itu, lelaki itu dipercayai membuka paket Whiskas dan meletakkannya di atas permukaan roti sebelum memakannya.

image is not available
Sumber: TikTok

Meskipun sebelum menjamah terlihat seakan mahu muntah

Susulan itu, individu tersebut terus menjamah roti itu walaupun dia kelihatan seperti hendak muntah. Bagaimanapun, disebabkan campuran kedua-dua makanan ini, hidangan roti tersebut tidak ditelan selepas dia muntah.

“Hari ini aku nak makan sandwich Whiskas,” katanya sambil memegang sekeping roti putih dan sepaket makanan kucing yang basah (wet food).

image is not available
Sumber: TikTok

Respon negatif dari netizen

Dalam pada itu, konten yang ditunjukkannya itu sudah pasti meraih perhatian netizen dan pelbagai reaksi dari netizen.

Rata-rata netizen menyatakan bahawa pelik dengan tindakan yang dilakukan individu itu. Malah, ada juga yang mengatakan mereka turut pernah mencuba makanan kucing untuk mengetahui rasanya.

Sebahagian besar perkongsian tersebut mendapat respon negatif daripada netizen. Perkara pelik seperti ini diharap tidak lagi menjadi ikutan semata-mata untuk tampil ‘famous’ di media sosial.

image is not available
Sumber: TikTok

image is not available
Sumber: TikTok

Baca juga artikel yang berkaitan: