Lelaki loya & termuntah, kapit makanan kucing atas roti buat macam sandwich

15 Jun 2023 • 1:51 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Bagi meraih populariti dan perhatian mendadak di media sosial, ramai di kalangan pengguna terutama generasi kini sanggup melakukan konten yang tidak masuk akal asalkan tujuan utama tercapai. Ini termasuklah tindakan seorang lelaki yang dilihat sanggup memakan ‘sandwich’ dalam keadaan meloyakan sehingga menjadi bualan ramai.

Menerusi video dimuat naik pengguna dikenali @waksukak di platform TikTok, tampil dengan konten unik iaitu memakan roti berintikan makanan kucing Whiskas sehingga sanggup membahayakan diri sendiri.

“Hari ini aku nak makan sandwich Whiskas,”ujar lelaki dalam video tersebut.

image is not available

Dalam hantaran itu, lelaki terbabit pada mulanya dilihat membuka satu paket makanan basah kucing jenama Whiskas sebelum diletakkan di atas permukaan lalu menjamah seperti sandwich.

Walau bagaimanapun, sebelum menjamah lelaki berkenaan sudahpun terlihat seakan mahu muntah, namun tetap meneruskan untuk menjamah. Akan tetapi, dia segera memuntah semula setelah gagal menelan akibat campuran dua makanan tersebut.

“Bismilillah. I’m okay. Sedap, sedap. Ohhh..hijau (warna muntah),”ujarnya lagi.

image is not available

Lain macam sungguh…

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi di kalangan warganet di mana masing-masing turut pelik dengan tindakan yang dilakukan oleh lelaki terbabit dengan menyatakan dia tiada masalah.

image is not available image is not available

Aku hidu makanan kucing pun rasa nak muntah

image is not available image is not available

Sumber: TikTok @waksukak