Demi Nak Dapat View Terbaik, Peminat Billie Eilish Sanggup Beratur Seawal 4 Pagi!

Music
18 Aug 2022 • 4:51 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Meskipun konsert Billie Eilish Happier Than Ever The World Tour 2022 hanya akan berlangsung pada pukul 8.30 malam ini, ribuan peminat penyanyi itu sudah mula membanjiri perkarangan Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini, seawal 4 pagi!

Rata-rata mahu memastikan mereka mendapat tempat terbaik bagi menyaksikan konsert sulung penyanyi kelahiran Los Angeles, California, Amerika Syarikat itu di negara ini.

Difahamkan, bintang pop berusia 20 tahun itu tiba di ibu kota, kelmarin bagi menjayakan konsert yang dibawakan Live Nation Malaysia itu.

Ketibaannya bersama pasukan, termasuk abangnya, Finneas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mendapat perhatian ramai apabila beberapa foto, termasuk video rakaman peminat tular di media sosial.

Semalam, beberapa video pemenang Anugerah Grammy itu bersiar-siar di pusat beli-belah Plaza Sungai Wang turut kecoh menjadi bualan netizen.