Demi Pelanggan Tak Puasa, Wanita Ini Sanggup Sorok Lauk Dalam Tandas

28 Mar 2023 • 7:22 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Bulan yang mulia untuk melakukan kebaikan, bukan kejahilan

Demi Pelanggan Tak Puasa, Wanita Ini Sanggup Sorok Lauk Dalam Tandas. Bulan Ramadan ialah bulan yang penuh dengan keberkatan. Bulan Ramadan merupakan masa untuk umat Islam berfikir dan merenung diri sendiri, bersolat, membuat kebajikan dan meluangkan masa dengan keluarga serta sahabat handai, malah ada orang melakukan perbuatan yang terkutuk.

Seperti diketahui umum, seluruh umat Islam diwajibkan berpuasa dalam bulan yang mulia ini, malah baru-baru ini, seseorang peniaga ‘kantoi’ melakukan kegiatan jual beli kepada orang yang tidak berpuasa ditemui menyembunyikan lauk di dalam tandas dan pembungkus nasi di dalam mesin basuh di Tangok, Bachok.

image is not available
Foto kredit: Majlis Daerah Bachok

Menerusi laporan, kegiatan ini telah ditemui oleh Pejabat Agama Jajahan Bachok dan Majlis Daerah Bachok antara jam 10 pagi hingga 12 tengah hari, dalam operasi cegah orang tidak berpuasa. Dipercayai 20 bungkus nasi berlauk ayam bersama teh O ais dirampas.

Bahkan, menurut Pegawai Agama Jajahan Bachok Suratemi Mat Yusof menegaskan sudah memberi amaran kepada seorang wanita berusia 40-an itu semasa operasi dijalankan.

Hasil pemantauan dan aduan awam

Difahamkan operasi tersebut dilakukan hasil siasatan pihaknya dan aduan orang awam yang memaklumkan pemilik rumah berkenaan membuat aktiviti jual beli kepada orang yang tidak berpuasa.

“Hasil operasi menemukan lebih 20 bungkus nasi yang disorok dalam mesin basuh dan ayam yang diperap dalam tandas,” ujar Suratemi menurut laporan.

“Selain itu, kita juga menemukan teh O ais yang disembunyikan dalam bilik tidur. Hasil soal siasat, pemilik rumah mengaku membungkus nasi itu sebelum pembeli menghubunginya untuk mengambil makanan itu.

image is not available
Foto kredit: Majlis Daerah Bachok

Menjual lauk dari rumah kepada orang tidak berpuasa

Bukan itu sahaja, wanita berkenaan turut mengakui perbuatannya serta memaklumkan dia menjual dari rumah pada bulan Ramadan kepada individu yang tidak berpuasa.

“Pihak kami sudah memberi nasihat kepada wanita itu supaya tidak menjual makanan kepada golongan yang tidak berpuasa dan wanita itu berjanji tidak akan mengulangi perbuatan terbabit pada masa akan datang serta dipanggil untuk diberi kaunseling.

image is not available
Foto kredit: Majlis Daerah Bachok

Dipercayai tiada tangkapan dibuat sepanjang operasi itu memandangkan suspek berjaya melarikan diri sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa.

Sekadar info, terdapat beberapa golongan yang diberikan keizinan oleh syarak untuk tidak berpuasa disebabkan keuzuran. Antaranya ialah wanita yang dalam keadaan haid dan nifas, orang yang dalam keadaan sakit dan orang yang sedang bermusafir.

Baca juga kisah yang berkaitan: