Demi penghormatan terakhir buat ayah, 3 anak Kapten AA sudah terima pasport -Saifuddin

LocalPolitics
28 Nov 2026 • 6:00 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Demi penghormatan terakhir buat ayah, 3 anak Kapten AA sudah terima pasport -Saifuddin

Menerusi hantaran di Facebook, Saifuddin meluahkan rasa sebak mengenangkan keadaan anak-anak personaliti media sosial RARETV itu yang baru sahaja kehilangan bapa tersayang.

Minta pegawai segera selaras urusan pasport

Menerusi satu kenyataan di media sosial, Saifuddin memaklumkan telah meminta pegawainya untuk segera menghubungi Saiful Nang bagi mendapatkan maklumat lanjut sekali gus membantu menyelaraskan urusan pasport bersama wakil keluarga.

“Sebak hati saya memikirkan tiga beradik ini. Dalam saat baru kehilangan ayah tersayang, mereka sedang berusaha untuk sampai ke sana bagi memberi penghormatan terakhir.
“Saya segera meminta pegawai saya menghubungi Saudara Saiful Nang untuk mendapatkan maklumat lanjut dan menyelaras urusan pasport bersama wakil keluarga di sini,” kongsi beliau.

Tiga anak Kapten AA sudah terima pasport

Hasil tindakan pantas tersebut, ketiga-tiga anak Allahyarham iaitu Isa, Hud dan Luth akhirnya menerima pasport masing-masing di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Shah Alam, petang tadi.

Saifuddin turut merakamkan penghargaan kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) atas kecekapan dalam membantu mempermudahkan urusan keluarga berkenaan.

Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan ucapan takziah serta mendoakan agar perjalanan tiga beradik tersebut ke Oman dipermudahkan dan seluruh keluarga diberikan kekuatan dalam menghadapi kehilangan insan tersayang.

Terdahulu, Kapten AA dilaporkan meninggal dunia di Muscat, Oman pada Khamis selepas menerima rawatan akibat jangkitan paru-paru. Allahyarham akan disemadikan di negara berkenaan.

Sumber: Facebook Saifuddin Nasution

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved