Sasterawan ulung negara, Datuk Seri A Samad Said menghembuskan nafas terakhir pada jam 6.20 petang tadi.
Allahyarham berusia 91 tahun.
Berita sedih itu disahkan anak lelaki beliau, Helmy Samad menerusi hantaran ringkas di media sosial.
“6.10. Innalillahiwainnalillahirojiun,” katanya menerusi hantaran tersebut.
Allahyarham A Samad sebelum ini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) atas beberapa komplikasi kesihatan.

Terkenal dengan pelbagai karya bermutu tinggi antaranya Salina, Hujan Pagi dan Sungai Mengalir Lesu, beliau adalah penulis tempatan keempat yang menerima pengiktirafan Sasterawan Negara pada 1985.
Sebelum bergelar penulis kreatif, Allahyarham terlebih dahulu berkhidmat sebagai wartawan di organisasi media terkemuka termasuk Berita Harian.
Beliau juga aktif berkecimpung dalam politik dan pernah menyandang jawatan Pengerusi Bersama Gabungan Bersih 2.0.
Getaran mengucapkan takziah kepada seisi keluarga Allahyarham, semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan yang dikasihiNya.
Al Fatihah. - Getaran, 24 November 2026






