Demi program THSS, Ayda Jebat sedih tak dapat tidur bersama anak-anak

Family & Parenting
4 Jun 2024 • 5:41 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Demi menjayakan program realiti The Hardest Singing Show, penyanyi Ayda Jebat sedih kerana perlu berkorban waktu tidur bersama dua anaknya yang masih kecil.

Ayda berkata, itu antara pengorbanannya apabila menyertai program realiti yang sudah memasuki minggu keempat itu.

image is not available

Ayda Jebat sedih, rasa bersalah

Akui Ayda atau nama penuhnya Nur Suhada Jebat, dia sudah beberapa hari tidak tidur bersama anak-anaknya termasuk meluangkan masa berkualiti bersama mereka.

Jelasnya, dia berkorban semua itu bagi memastikan persembahan di pentas The Hardest Singing Show dan aksi-aksi berjalan lancar.

“Saya sudah beberapa hari tidak tidur bersama anak-anak saya.
Ini kerana bagi memastikan persembahan dan aksi-aksi berjalan lancar, latihan perlu dijalankan dengan giat.
“Saya hanya pulang ke rumah pada jam 5 atau 6 pagi. Saya sudah lama tidak berkesempatan menidurkan mereka. Sejujurnya sebagai ibu, saya rasa sangat bersalah kepada mereka,”katanya.

image is not available

Syukur, keluarga banyak membantu

Ayda bagaimanapun meluahkan rasa syukur kerana ahli keluarganya sangat membantu sepanjang dirinya terlibat dalam program realiti berkenaan.

“Namun, saya bersyukur kerana mempunyai keluarga yang sangat membantu. Buat masa ini mereka menghulurkan tangan kerana memahami komitmen yang diberikan sepanjang pertandingan ini.
“Boleh dikatakan inilah yang paling susah sekali. Apabila tidak dapat meluangkan masa dengan anak-anak yang masih kecil.
“Definisi ‘hardest’ itu untuk saya adalah pada bahagian ini,” katanya.

image is not available

Kongsi Ayda, suaminya iaitu Nabil Mahir yang juga seorang selebriti banyak membantunya dalam merencanakan konsep dan jalan cerita persembahannya.

“Boleh dikatakan 100 peratus idea datang daripada Nabil. Saya bertuah kerana mempunyai pasukan yang sangat bagus dan membantu melancarkan segala apa yang sudah dirancang,”ujar Ayda Jebat.

image is not available

Katanya, dia juga mengambil kelas vokal bagi mengawal suaranya terutama ketika melakukan aksi ‘stunts’ dan sebagainya di atas pentas.

Sumber: IG Astro Gempak