“Demi Stacy Aku Sanggup Balik Sabah Walaupun Duduk Semenanjung” – Stacy Umum Bakal Adakan Konsert Solo

LocalEntertainment
18 Nov 2024 • 2:45 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Menerusi satu hantaran yang telah dibuat di aplikasi TikTok, penyanyi popular Stacy Anam mengumumkan bahawa dia mahu mengadakan konsert di negeri kelahirannya, Sabah.

Stacy atau nama Islamnya, Ummu Shaikhah Stacy Anam telah mengongsikan berita gembira itu ketika mengadakan persembahan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, Sabah pada minggu lalu.

image is not available

Terima kasih orang Sabah, terima kasih orang Serian. Saya sangat rindukan sokongan kalian. Dengan kesempatan ini saya ingin memaklumkan bahawa saya akan mengadakan konsert solo. Saya harap semua akan dapat hadir pada konsert saya nanti.

Dia turut berkata dia sangat berbesar hati apabila berpeluang untuk membuat konsert di tempat kelahirannya iaitu Sabah.

@marcellaangela5 Jom support konsert unggul @Stacy Anam pertama di Sabah nanti #stacyanam #fyp ♬ original sound – Guillinggie

Perkongsian Stacy itu mendapat perhatian para peminatnya dan rata rata berkata mereka sanggup mengumpul duit untuk ke Sabah.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available 3 days ago

Stacy Anam Nafi Tuduhan Berlagak Diva, Bermasam Muka Dengan Bella Astillah