⁠”Demo bawak nyawo” – Pemandu Lori ‘Sound’ Pemandu Bas Sebab Pandu Melulu

Entertainment
1 Jun 2024 • 3:38 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tak kira apa jenis kenderaan yang kita bawa, pemanduan berhemah adalah aspek utama dalam memastikan keselamatan diri dan pengguna jalan raya yang lain. Kita juga sering diingatkan untuk tidak melakukan kecuaian ketika di jalan raya untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini.

Tular di media sosial, satu video dashcam dari sebuah lori yang terpaksa memberhentikan kenderaan bagi memberi laluan kepada sebuah bas dari arah bertentangan.

Pemanduan yang merbahaya dari pemandu bas itu sempat ditegur oleh pemandu lori dalam video itu. Korang boleh tengok video tersebut yang dimuat naik oleh @update1111 di bawah.

image is not available

Demo bawak nyawo

Fuhh… nasib baik pemandu lori ni alert dengan keadaan sekeliling. Kalau dia pun sama laju, min rasa boleh bertembung tu.

Tapi nampak betul yang pemandu bas tu salah, memotong kenderaan lain di garisan berkembar sampai makan jalan trafik bertentangan. Elok pun kena tegur depan-depan macam tu.

image is not availableBetul, tegur depan-depan lebih elok. Itu pun nasib baik ada dashcam. Kalau tak ada memang sentiasa lori yang dipersalahkan.

image is not availableSebab tu kenderaan berat ada had kelajuan. Tak kisah lah secekap mana pun pemandu, soal keselamatan yang melibatkannya sentiasa menjadi keutamaan. Lagi-lagi bawa penumpang ramai kan.

image is not availableTak kisah lah syarikat bas mana sekalipun, mungkin lepas ni boleh buat saringan kepada pemandu untuk menjamin keselamatan penumpang. Mungkin juga boleh letakkan cut-off pada bas supaya pemandu tak boleh bawah laju-laju dan membahayakan pengguna jalan yang lain.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.