Dendam Lama Punca Pemuda OKU Disimbah Air Panas Dalam Lif – Polis

22 Apr 2024 • 4:38 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Dendam lama menjadi punca seorang pemuda Orang Kurang Upaya (OKU) Sindrom Down disimbah air panas ketika berada di dalam lif pada kejadian Jumaat lalu.

Memetik laporan Kosmo! Online, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal beranggapan bahawa suspek dan mangsa saling mengenali memandangkan mereka menetap di bangunan flat yang sama.

 

image is not available

Foto: FB Fazdullah S Medar

Jelasnya, isu sensitif telah menimbulkan perselisihan faham antara suspek dan pemuda OKU berkenaan dan ia telah lama berlarutan sejak tiga atau empat tahun lalu.

“Perselisihan faham antara suspek dan mangsa ini melibatkan perkara sensitif, ia sudah berlaku lama iaitu dalam tempoh tiga atau empat tahun lalu,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Pulau Pinang, hari ini.

image is not available

Foto: FB Fazdullah S Medar

Walau bagaimanapun, Kamarul berkata siasatan masih dalam proses dan pihak polis sedang menyiapkan kertas siasatan kes sebelum tindakan pendakwaan diambil.

image is not available

Foto: FB Fazdullah S Medar

“Siasatan masih berjalan, polis sedang melengkapkan kertas siasatan kes ini sebelum pendakwaan dijalankan,” ujarnya.

image is not available

Foto: Kosmo Online

Terdahulu, media melaporkan bahawa suspek disyaki menyiram air panas ke arah pemuda OKU sehingga menyebabkan kecederaan pada bahagian belakang dan depan badannya, bukan asid seperti disangka.

Wanita berusia 29 tahun itu kini telah berjaya ditangkap oleh pihak polis di kawasan tempat letak kereta perumahannya pada jam 9.12 malam hari yang sama, empat jam selepas kes itu tular di media sosial.

Sumber: Kosmo Online (Safina Ramli), Facebook Fazdullah S Medar