Dendam 4 Tahun Lepas Jadi Punca Wanita Simbah Air Panas Terhadap Lelaki OKU

22 Apr 2024 • 1:47 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

Beberapa hari yang lalu, negara digemparkan dengan satu video rakaman CCTV yang mengejutkan di mana seorang wanita berbangsa Cina tergamak untuk menyimbah air panas terhadap seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) Sindrom Down di Bayan Lepas

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal, berkata siasatan awal, mendapati perselisihan faham yang disifatkan agak sensitif itu telah tercetus antara suspek dan mangsa sekitar tiga atau empat tahun lalu.

Setakat ini pihak polis telah merakam percakapan tiga individu termasuk mangsa dan siasatan masih diteruskan. Superintendan Kamarul Rizal Jenal, turut menjelaskan pihaknya mempertimbangkan untuk menghantar suspek bagi menjalani pemantauan kesihatan untuk pemerhatian dan pengesahan laporan perubatan dan siasatan setakat ini mendapati wanita itu bukan pesakit mental.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved