Dah hampir mencecah usia 40 tahun, Lee Min-ho pastinya tak dapat mengelak dari soalan tentang perkahwinan.
Terbaru, Lee Min-ho telah terlibat dalam satu temu bual, bagi mempromosikan filem terbarunya “Omniscient Reader: The Prophecy” yang akan menemui penonton di pawagam Malaysia pada 31 Julai nanti.
Selain bercakap tentang naskhah tersebut, lelaki itu juga turut ditanya tentang perkahwinan. Jawabnya jujur,
Sudah tentu saya harus berkahwin. Semakin saya hidup, semakin saya fikir apa yang benar-benar penting dalam hidup seperti membina keluarga dan mempunyai anak, iaitu perkara paling berharga yang boleh dilakukan sebagai seorang manusia.

Jelasnya lagi,
Tapi ia tak semudah yang disangka. Rasanya seperti satu keajaiban perlu berlaku untuk menjadikannya kenyataan. Buat masa ini, perkahwinan masih terasa samar-samar.
Ketika ditanya sama ada dia tak kisah untuk berkahwin dengan selebriti, Lee Min-ho yakin menjawab,
Sudah tentu. Kalau dah cinta, perkara seperti itu tak menjadi masalah.
Semoga cepat sampai jodoh untuk Lee Min-ho!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
The post “Dengan Artis Pun Ok” – Akui Masih Samar-Samar Tentang Jodoh, Lee Minho Buka Cerita Soal Cinta & Keluarga first appeared on KimchiDaily.my.


