Selepas “Snowdrop” dan “Newtopia”, Ji-soo BLACKPINK nampaknya telah menerima pelbagai tawaran berlakon kini.
Antaranya adalah filem “Omniscient Reader: The Prophecy”, yang akan dikeluarkan pada 31 Julai ini di pawagam Malaysia.
Untuk pengetahuan, filem ini mengisahkan tentang kisah novel yang tiba-tiba menjadi realiti dan satu-satunya orang yang tahu bagaimana dunia akan berakhir.
Menerusi sesi sidang media baru-baru ini, pengarah Kim Byung-woo menjelaskan kisah disebalik pemilihan Ji-soo untuk membawa watak Lee Ji-hye dalam naskhah tersebut. Katanya,
Watak Ji-soo muncul agak lewat dalam jalan cerita filem itu. Tetapi dalam novel asal, Lee Ji-hye adalah watak yang sangat penting yang mengalami perkembangan ketara. Berdasarkan garis masa filem itu, memang tak boleh nak cepatkan lagi untuk wataknya muncul. Jadi saya fikir jika watak itu dilakonkan oleh seseorang yang lebih dikenali, ia akan jadi watak yang penting.

Ada sebab kenapa pengarah pilih Ji-soo..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
The post “Kalau Bagi Pelakon Lain..” – Pengarah Akui Pilih Jisoo BP Sertai ‘Omniscient Reader’ Sebab Dia Popular first appeared on KimchiDaily.my.

