"Dengan Family Belum Settle" - Kes Viral Abang Blazer Merah 'Lock' Rider, Keluarga Masih Tak Puas Hati

6 Nov 2023 • 3:38 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Kecoh di sosial media satu video viral seorang rider ‘dikunci’ oleh seorang lelaki ber-blazer merah sekaligus mecetus kemarahan warganet,

Lebih mengejutkan, ada dakwaan menyatakan bahawa penghantar makanan dan lelaki berpakaian blazer merah tersebut sudah pun berbaik.

image is not available

Menerusi ciapan oleh lelaki berblazer merah tersebut menerusi akaun peribadinya di aplikasi X, dia memuat naik gambar satu laporan polis dan dirinya bersama seorang lelaki dipercayai penghantar makanan dalam video tular sebelum ini.

Dia juga memaklumkan isu dan salah faham yang timbul antara penghantar makanan dan pengawal keselamatan tersebut telah pun diselesaikan cara baik.

Walau bagaimanapun, ada pihak yang mengakui sebagai keluarga mangsa menyatakan kes tersebut masih belum selesai bagi meraka.

image is not available
Sumber: @siti_3330 (TIkTok)

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintendan Nazrin Abdul Yusof berkata, hasil siasatan awal yang dijalankan mendapati kejadian tersebut berlaku pukul 3.20 petang, pada Khamis.

“Kejadian yang berlaku antara seorang penghantar barang dengan seorang individu, berpunca daripada salah faham manakala kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

“Setakat ini, seramai lima individu dipanggil bagi melengkapkan siasatan sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut,” katanya.