Setakat ini, pihak polis telah memanggil 5 orang individu untuk diambil keterangan berhubung isu pertengkaran di sebuah bangunan di ibu kota.
Memetik laporan Berita Harian, Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintendan Nazron Abd Yusof mengesahkan siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan diteruskan walaupun masing-masing sudah berdamai.

Apa yang berlaku di luar (berdamai) tiada kaitan dengan siasatan pihak polis.
Terdahulu, lelaki yang memakai blazer berwarna merah dikatakan sudah menyelesaikan isu pergaduhan secara baik.
Berdasarkan kenyataan wanita yang mendakwa isteri pengawal keselamatan, mereka sudah bermaafan ketika hadir di IPD untuk memberi keterangan.
Kredit: Berita Harian

