Dengan Harga RM199, Honor Band 7 Boleh Didapati Di Pasaran Malaysia

Digital
8 May 2023 • 5:07 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Pilihan terbaru bagi mereka yang ingin membeli penjejak kesihatan baharu iaitu Honor Band 7. Ia mula ditawarkan ke pasaran tempatan pada harga RM199 seutas.

Tambahan, ia boleh dibeli sama ada dalam atau luar talian menerusi pengedar sah Honor di seluruh Malaysia.

image is not available

Spesifikasi Honor Band 7

  • Dengan menggunakan skrin AMOLED 1.47-inci memanjang yang dipadankan dengan tali sejenis silikon. 

  • Mempunyai butang fizikal khusus pada sisi kanan untuk kawalan tambahan. 

  • Kebolehan penjejakan nadi, pola waktu tidur, oksigen dalam darah dan aktiviti sukan terbina.

Malah, Honor Band 7 dapat bertahan sehingga 14 hari penggunaan, yang kemudiannya berkurang kepada 10 hari dengan penggunaan berat. Terdapat juga penarafan kalis air 5ATM sebagai perlindungan tambahan.

image is not available

Kredit: amanz

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.