Honor Band 7 Boleh Didapati Di Malaysia Pada Harga RM199

TechnologyDigital
8 May 2023 • 4:28 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Buat anda yang sedang berkira-kira ingin membeli penjejak kesihatan baharu, apakah agaknya pilihan baharu yang kita ada di sini? Sudah tentulah Honor Band 7 yang kini mula ditawarkan untuk pasaran tempatan pada harga RM199 seutas. Bagi yang berminat, ia boleh dibeli sama ada secara dalam atau luar talian menerusi pengedar sah Honor di seluruh Malaysia.

image is not available

Untuk spesifikasi, Honor Band 7 menggunakan skrin AMOLED 1.47-inci memanjang yang dipadankan dengan tali sejenis silikon. Ia juga mempunyai butang fizikal khusus pada sisi kanan untuk kawalan tambahan. Di samping turut diberikan kebolehan penjejakan nadi, pola waktu tidur, oksigen dalam darah dan aktiviti sukan terbina.

image is not available

Honor Band 7 juga mampu bertahan sehingga 14 hari penggunaan, yang kemudiannya berkurang kepada 10 hari dengan penggunaan berat. Ia juga melepasi penarafan kalis air 5ATM sebagai pelindungan tambahan.