“Dengan izin Allah tidak mustahil” – Dr. Fadzilah Kamzah Kata Rawatan Islam Menerusi Live TikTok Boleh, Tapi…

Entertainment
22 Aug 2025 • 1:14 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Jika diperhatikan ada yang menggunakan platform TikTok secara live untuk membuat ruqyah, ia sekaligus menimbulkan persoalan sama ada ia mampu memberi kesan atau sebaliknya kerana disampaikan secara maya.

Oleh sebab itu, pakar motivasi dan juga perawat Islam, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah tampil memberikan respon. Jelasnya, doa dan ruqyah tidak bergantung kepada medium telefon atau secara online sahaja.

 

“Dengan izin Allah ia tidak mustahil”

Beliau menegaskan tidak mustahil kaedah itu boleh berkesan kerana doa tidak khusus kepada satu cara sahaja, namun, ia berkait rapat dengan niat dan keikhlasan seseorang.

“Kalau Allah kata, kamu mendoakan orang di TikTok live, meruqyahkan orang secara TikTok live, ada orang yang berkenaan angkat tangan dan berdoa, boleh tak? Boleh. Dengan izin Allah ia tidak mustahil (berkesan).”

Walau bagaimanapun, Dr Fadzilah Kamsah memberi peringatan bahawa ada individu yang cuba ambil kesempatan untuk meminta penonton memberikan gift sebagai syarat sebelum doa itu dibacakan.

“Kalau nak berkesan atau doa makbul, doa ruqyah yang saya bacakan di TikTok live ni, hantar gift dulu, topi dengan misai ke, atau harimau. Itu dikhuatiri tipu, sebab kalau kita mendoakan atau ruqyah perlu secara ikhlas.”

Dalam pada itu, Dr Fadzilah menjelaskan bahawa beliau pernah sahaja merawat ahli keluarga yang jauh hanya melalui doa dan bacaan ruqyah melalui panggilan telefon. Baginya lagi, doa atau ruqyah hanyalah ikhtiar dan bukan kuasa penyembuh itu sendiri.

Sumber : mStar Online

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.