“Dengan Nama Allah Tak Terniat Nak Cabar Netizen Jumpa Saya” – Anak ‘Makcik Kemboja’ Akui Diri Difitnah

Entertainment
23 Nov 2023 • 10:16 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang lelaki yang mendakwa dirinya merupakan anak kepada ‘Makcik Kemboja’ sedang viral di platform media sosial kerana tampil membuat penjelasan bahawa dia tidak memberi amaran kepada netizen.

Kata lelaki berkenaan yang perkenalkan dirinya sebagai Ezuan, video asalnya telah pun disunting hingga mencetuskan timbul fitnah serta isu dikalangan netizen.

Sebenarnya, video berdurasi 2.20 minit yang dimuat naik di laman TikTok itu ditujukan kepada bekas pekerja ibunya.

Individu terbabit tampil memberi penjelasan yang sebenar susulan menerima terlalu banyak ugutan di kalangan warganet.

Dengan nama Allah, saya tidak pernah terniat untuk mencabar netizen mahupun masyarakat untuk datang berjumpa saya.

Sebelum ini, tular video seorang peniaga yang bernama Madame Mariyah atau ‘makcik Kemboja’ menuduh orang Melayu mempunyai sikap pemalas dan ia telah mencetuskan provokasi di kalangan warganet.

image is not available 23 hours ago

"Kau Daripada Menyalak macam Anjing, Kau Berdepan Dengan Aku" - Anak Makcik Kemboja Mengamuk Ibu Teruk Dikecam