Bekas Pekerja Mak Cik Kemboja Buka Mulut, Pernah Selamatkan Bisnes Hampir Lingkup - "Aku Yang Tolong Dapatkan RM2 Juta ..."

23 Nov 2023 • 4:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Nama ‘Mak Cik Kemboja’ sedang hangat diperkatakan selepas dirinya menyifatkan bangsa Melayu sebagai pemalas jika dibandingkan dengan orang Kemboja.
 
Perkara itu meraih lebih banyak perhatian selepas individu dikenali sebagai Ezuan yang mendakwa anak kepada Mak Cik Kemboja membela nasib ibunya yang teruk dikritik.
 
Susulan itu, seorang individu yang mendakwa dirinya bekas pekerja Mak Cik Kemboja tampil membidas semula kenyataan Ezuan.
 
“Memang aku menyalak macam anjing.  Sebab mak kau tu yang cakap bangsa Melayu pemalas. Aku nak cerita dengan kau sikit, aku kerja dengan mak kau tak sampai setahun lebih.
 
“Aku ex-staff mak kau, tapi ex-staff mak kau ni yang tolong dapatkan hampir dekat RM2 juta dekat dalam TikTok sahaja. Aku yang buat. Bukan aku yang cakap, mak kau sendiri yang cakap,” kata lelaki itu.




@lanchemical Patutlah anak makcik kemboja ngamok dekat bekas pekerja ni, rupanya banyak rahsia dalam dia pegang. #pendatangwargaasing #makcikkemboja #anakmakcikkemboja #inimalaysiaku #lanchemical ♬ original sound - لن كيميكل





image is not available