Dengan Sekali Caj Kereta Elektrik Ini Bergerak Lebih 2500 KM

TechnologyDigitalCars
14 Sep 2023 • 9:29 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kekurangan paling besar pada kereta elektrik (EV) ialah jarak perjalanannya yang masih terhad dibandingkan dengan kenderaan petrol. Teknologi memanjangkan jarak perjalanan menerusi sistem aerodinamik, pengecasan semula apabila membrek dan motor lebih efisien giat dilakukan bagi merapatkan jurang prestasi ini. Rekod dunia jarak perjalanan paling jauh untuk EV tanpa panel solar kini dipegang oleh Muc022 yang bergerak sejauh 2,573.79 km.

image is not available

Muc022 dibangunkan oleh Technical University of Munich (TUM) dengan ia hanya dilengkapi bateri 15.5-kWh. Bateri Tesla Model 3 sebesar 86 kWh hanya mampu memberikan jarak perjalanan 415 km. Muc022 memecahkan rekod dunia terdahulu yang mencatakan 1,608.54 km dengan sekali caj.

Pasukan TUM mengambil masa enam hari untuk memandu sejauh hampir 2600km dengan ia dilalukan di dalam sebuah hangar kapal terbang bagi mengurangkan rintangan angin.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved