Dengan sekali lafaz, Eyka Farhana sah bergelar isteri Akhyar Rashid

LocalEntertainment
2 May 2025 • 11:47 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Dengan sekali lafaz

Dengan sekali lafaz, akhirnya pelakon jelita Eyka Farhana sah bergelar isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan dan Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid.

Menurut laporan Harian Metro, pasangan merpati dua sejoli itu diijab kabulkan dalam sebuah majlis yang berlangsung di Boathouse By The Lake Ampang, pagi ini.

Dengan sekali lafaz

image is not available

Difahamkan, Eyka telah menerima mas kahwin sebanyak RM3,200 selain pihak pegantin lelaki memberi lima dulang hantaran dan dibalas tujuh oleh pengantin perempuan.

Bertemakan busana nikah serba putih, hari bahagia mereka itu hanya dihadiri oleh keluarga dan rakan baik kedua-dua belah pihak.

Dengan sekali lafaz

image is not available

Sebelum ini, aktres yang berusia 30 tahun itu enggan untuk berkongsikan tarikh pernikahannya atas sebab tertentu namun, memohon orang ramai agar segala urusannya dipermudahkan.

Sekadar info, Eyka dan Akhyar mengikat tali pertunangan pada 4 Ogos tahun lalu selepas lima tahun menjalin hubungan cinta.

Sumber: Harian Metro (Najiy Jefri)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved