Eyka Farhana Dan Akhyar Rashid Selamat Nikah, Sah Bergelar Suami Isteri

2 May 2025 • 11:40 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon popular Eyka Farhana akhirnya sah bergelar isteri kepada pemain sayap Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid, dalam satu majlis akad nikah yang berlangsung secara tertutup hari ini.
 
Majlis pernikahan yang diadakan sekitar pukul 10.12 pagi di Boathouse by The Lake, Ampang, Kuala Lumpur, disaksikan oleh ahli keluarga terdekat dan kenalan rapat pasangan tersebut.

Pada majlis itu, Eyka atau nama penuhnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi menerima mas kahwin berjumlah RM3,200 daripada Akhyar.
 
Menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik di media sosial, Eyka dilihat tampil anggun mengenakan busana pengantin serba putih, manakala Akhyar segak berbaju Melayu sedondon.
 
Difahamkan Eyka dan Akhyar sudah menjalin hubungan cinta sejak hampir lima tahun lepas dan bertunang pada 4 Ogos tahun lalu.
 
Kisah percintaan Eyka bersama Akhyar mula dihidu sejak 2020 selepas mereka beberapa kali dilihat keluar ‘dating’ dan bercuti bersama.
 
Difahamkan, majlis resepsi bakal diadakan dalam masa terdekat namun tarikh dan lokasi masih belum didedahkan kepada umum.
 
Tahniah diucapkan kepada Eyka dan Akhyar atas pernikahan mereka!
 
 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved