Dengan sekali lafaz, pelawak Shuib kini milik Watie. Jumlah hantaran dirahsiakan

Entertainment
23 Jun 2023 • 9:51 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

PELAWAK dan penyampai radio Suria FM, Shuib sah bergelar suami kepada gadis pilihannya, Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 36, dengan hanya sekali lafaz dalam majlis ijab kabul yang berlangsung di Putra Glass Hall, Shah Alam sekitar 8.47 malam tadi.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh abang pengantin perempuan, Qadhaffi Hanifiah di hadapan Penolong Pendaftar Pernikahan Masjid Hidayatul Muttaqin, Kampung Bukit Lanchung, Selangor, Ustaz Zubairi.

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 39, menyerahkan mas kahwin sebanyak RM8,288 beserta lima dulang hantaran berbalas tujuh. Sementara, jumlah wang hantaran dirahsiakan.

image is not available

Usahawan itu turut ditemani empat cahaya matanya iaitu Uwais Alqarni; 12, Dzahira Talita Zahra; 10, Ariq Matin; 8, dan Ayash Affan yang kini berusia dua tahun.

Hari bahagia pasangan merpati dua sejoli tersebut turut diraikan kira-kira 600 tetamu termasuk ahli keluarga dan teman rapat kedua-dua belah pengantin.

image is not available

Antara artis dan selebriti yang hadir meraikan pasangan mempelai ialah Fad Bocey, Marsha Milan, Fasha Sandha, Wan Sharmila, Nora Danish, Dafi, Haiza, MK K-Clique dan lain-lain.

Seperti yang sudah diketahui ramai, Shuib dan Watie mendapat tajaan RM1.7 juta termasuk barangan kemas.

image is not available

Terdahulu, mereka berdua mengikat tali pertunangan pada 6 Mei lalu dalam acara yang penuh warna-warni.

Perkahwinan itu merupakan kali kedua buat buat Shuib. Pelawak itu terlebih dulu mendirikan rumah tangga bersama arwah Siti Sarah Raisudin yang meninggal dunia akibat Covid-19 pada 9 Ogos 2021.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!