Shuib Kini Milik Watie, Selamat Diijabkabulkan Dengan Hanya Sekali Lafaz

Women's Fashion
23 Jun 2023 • 9:35 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Pada majlis akad nikah itu, Shuib menyerahkan mas kahwin sebanyak RM8,288 beserta lima dulang hantaran berbalas tujuh - Gambar oleh Helmi Anuar

Pelawak, penyampai radio dan usahawan terkenal, Shuib Sepahtu atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad, 39, selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya iaitu Watie Hanafiah atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah  pada jam 8.47 malam tadi dengan hanya sekali lafaz.

Pasangan ini telah dinikahkan oleh abang kandung Watie sendiri iaitu Qadhaffi Hanafiah bertempat di Putra Glass Hall, Shah Alam. 

Pada majlis akad nikah itu, Shuib menyerahkan mas kahwin sebanyak RM8,288 beserta lima dulang hantaran berbalas tujuh. Bagaimanapun, jumlah wang hantaran tidak didedahkan kepada umum. 

image is not available
Pasangan ini telah dinikahkan oleh abang kandung Watie sendiri iaitu Qadhaffi Hanafiah - Gambar oleh Helmi Anuar

Kedua-dua pasangan mempelai segak mengenakan busana berwarna putih rekaan pereka fesyen terkenal, Fizi Woo.

Majlis perkahwinan ini turut mendapat tajaan sebanyak RM1.7 juta termasuklah barang kemas daripada Siti Jewels. 

Kira-kira 600 tetamu menghadiri majlis yang bertemakan 'dusty pink' ini. Antara teman selebriti yang dilihat hadiri ialah MK K-Clique, Fasha Sandha, Zulin Aziz, Marsha Milan, Fad Bocey, Didie Alias, Haiza Hanafi, penyampai-penyampai radio Suria FM dan ramai lagi.

Majlis perkahwinan ini juga akan disiarkan di Astro Ria menerusi program 'Walimatulurus Shuib Dan Watie'. - Getaran, 23 Jun 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved