“Dengar almari kena hempas!” – Ernie Zakri Kongsi ‘Diganggu’ Ketika Bermalam Di Hotel

Entertainment
15 Feb 2024 • 12:50 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Perkara mistik ini sesuatu yang sangat misteri dan tidak ramai yang boleh ‘mengesan’ jika adanya entiti yang sedang mendekati kita.

Gangguan sebegini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja dan sebagai orang yang beragama Islam kita perlu sentiasa mendekatkan diri dengan Yang Esa agar tidak diganggu.

Terbaru, penyanyi pop ternama tempatan Ernie zakri berkongsi kisah mistiknya di mana dia dikatakan telah terkena ‘gangguan’ ketika berada di sebuah hotel yang terletak di Sarawak.

@eznators

“rupanya memang betul hotel tu berhantu, dekat kuching” – Ernie Zakri #erniezakri #ernienators #seram

♬ original sound – Ninie World – Ninie World

“Saya tengah tidur, tahu tahu dengar bunyi almari kena hempas, macam slam macam tu! (sangat kuat). Bukan dari bilik sebelah, tapi dalam bilik kami sendiri,” kongsinya.

Sejurus bunyi yang sangat kuat itu berlaku, Ernie memanggil temannya namun dia hanya menyuruh Ernie untuk sambung tidur dan tidak mengendahkan perkara itu.

Keesokkan harinya, mereka berbual berkenaan insiden angker itu dan mereka mendapati rupa-rupanya hotel tersebut sememangnya berhantu.

“Hotel tu memang ‘sesuatu'”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen serta penduduk Sarawak yang pernah menginap di hotel tersebut berkata premis itu sangat ‘keras’, ramai juga yang berkongsi pengalaman mereka ketika bermalam di hotel berkenaan.

image is not available

Korang pernah kena tak benda macam ni?

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.