Dengar Bunyi Pelik, Lelaki Terjumpa Ular Tedung ‘Berehat’ Dalam Almari Baju

22 Sep 2023 • 10:51 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Baru-baru ini, seorang lelaki berkongsi detik cemas apabila dia terjumpa seekor ular tedung di dalam rumahnya sehingga berjaya menarik perhatian ramai.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh lelaki tersebut di laman TikToknya, dia memberitahu terjumpa sisik ular berhampiran kabinet di dalam kediamannya.

Apa yang lebih mengejutkan, rupa-rupanya seekor ular tedung dijumpai berdekatan dengan kain songket di dalam almari rumahnya.

“Terjumpa sisik ular dalam rumah, terdengar bunyi dalam almari..bila buka almari tu tiba-tiba..,” ujarnya dalam video tersebut.

Pun begitu, segalanya terbongkar kerana pemilik video tersebut sebenarnya pemilik ular tedung terbabit dimana dia sendiri membela haiwan itu di dalam rumahnya.

image is not available

image is not available

Netizen terkejut!

Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut selepas melihat reaksi ular itu yang seakan-akan mahu mematuk tuannya.

Bukan itu sahaja, ramai juga mempersoalkan tindak balas pemilik haiwan tersebut yang seakan-akan tidak terkejut dengan keberadaan ular itu di dalam tempat simpanan bajunya.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Ada yang kongsi pengalaman dengan ular

Ada juga individu yang mendakwa ular terbabit menunjukkan respon garang kerana mengalami kesakitan selepas bersalin kulitnya namun, ada juga segelintir netizen yang berkongsi pengalaman mereka apabila berhadapan dengan spesis tersebut.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Sumber: TikTok @venocobra