Oyen Datang Hospital, Tagih Simpati ‘Nurse’ Bantu Rawat Kaki Tercedera

21 Sep 2023 • 11:02 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Baru-baru ini, tular di laman sosial memaparkan seekor kucing berwarna oren atau lebih terkenal dengan panggilan Oyen ‘datang’ ke hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna @Deno Asan di laman TikToknya, dia menunjukkan seekor Oyen seakan mengadu kesakitan di bahagian kaki hadapan yang didapati luka akibat kecederaan.

@enoasan2

kisah seekor kucing bernama oyen pergi hospital selayang nak wat rawatan tangan nye cedera x tau sebab ape, terbaik nurse2 kat sini amat sporting sekali, dengan haiwan pun diaorg bantu juga memberikan rawatan terbaik.. #oyen #kucing #hospitalselayang #oyensakit

♬ Sad background music of piano and strings – Rinotzr

Bagaimanapun, atas ihsan serta belas kasihan terhadap makhluk tesebut, jururawat di hospital itu telah memberikan rawatan yang sepatutnya demi merawat luka yang dialami Oyen tanpa mengetahui puncanya.

“Kisah seekor kucing bernama Oyen pergi hospital selayang nak buat rawatan tangannya cedera tak tau sebab apa, terbaik jururawat kat sini amat sporting sekali, dengan haiwan pun mereka bantu juga memberikan rawatan terbaik,” ujarnya di ruangan kapsyen.

image is not available

image is not available

Netizen sebak, risau kesihatan Oyen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak terhadap nasib yang menimpa Oyen malah, bimbang akan keadaannya selepas mendapatkan rawatan namun mereka mendoakan agar Oyen kembali sembuh seperti selalu.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Terima kasih orang baik!

Bukan itu sahaja, netizen turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada kakitangan hospital tersebut yang membantu mendapatkan Oyen rawatan perubatan.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Sumber: TikTok @Deno Asan