“Dengar suara isteri suruh masuk” – Wanita Kongsi Detik Seram, Lelaki Selamba Cuba Buka Pintu Rumah

Entertainment
26 Dec 2024 • 1:28 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang wanita kongsikan detik menyeramkan ketika berada di rumahnya sendiri apabila dihadiri oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dengan selamba menceroboh ke rumahnya.

Dalam video rakaman CCTV rumah tersebut, lelaki itu berdiri di hadapan sampail cekak pinggang sebelum membuka pagar luar dengan selambanya, dia menanggalkan kasut dan lebih menggerunkan lagi lelaki itu berusaha keras untuk membuka pintu pagar untuk masuk ke dalam.

Wanita yang juga merupakan tuan rumah itu melihat kelakuan lelaki tersebut lalu cuba menghalaunya namun pada mulanya dia tidak menghiraukannya sebelum berlalu pergi

Ketika lelaki itu keluar dari rumah, dilihat jiran-jiran sudah mula berkerumun di hadapan rumah wanita terbabit dan menghubungi polis selepas mendengar jeritan daripada wanita ini.

Menurut sumber perkongsian itu, alasan lelaki tersebut masuk ke rumah wanita ini adalah kononnya dia ada mendengar suara isterinya suruh masuk. Bagaimanapun lelaki tersebut telah berjaya ‘ditangkap’ oleh jiran dan diserahkan kepada pihak polis.

@atokalikhayra

Menceroboh rumah org dgn alasan mendengar suara isteri suruh masuk #fyp #pelik #pdrm #paranormal

♬ Suspense, horror, piano and music box – takaya

Menjengah ke ruangan komen ramai yang seram melihatnya dan ada juga yang beranggapan tindakan lelaki tersebut menanggalkan kasut itu mungkin ada kaitan dengan perkara-perkara mistik.

image is not available image is not available image is not available

Bila tengok video ini, lebih baik sentiasa tutup dan kunci pagar, walaupun kita ada kat rumah, lebih-lebih lagi musim cuti-cuti ni.

Sumber : TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.