“Dengkinya” – Netizen ‘Menyirap’ Tengok Peniaga Nasi Lemak Mengamuk Gara-gara Gerai Lain Jual Juadah Sama

Entertainment
12 Oct 2022 • 12:11 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sudah menjadi adat berniaga, ada pasang surutnya. Tidak kurang juga dengan saingan peniaga-peniaga lain.

Pun begitu, mempunyai perasaan hasad dengki sesama peniaga bukan sahaja menutup periuk nasi orang lain, malah ia juga menunjukkan sikap sebenar anda yang tidak positif dan tidak percaya kepada rezeki.

Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan seorang peniaga nasi lemak mengamuk apabila terdapat gerai lain yang meniaga juadah sama.

Video tersebut menunjukkan individu itu bertindak pergi ke gerai saingannya dan memberikan amaran untuk menutup gerai mereka.

Malah, individu tersebut juga memetik nama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengenai tempat perniagaan tersebut dan bertindak menghalau pemilik gerai yang baru sebulan membuka khemah meniaganya disitu, supaya tidak berniaga di lokasi yang sama.

Lebih membuatkan netizen naik angin, apabila individu tersebut seakan mengejek peniaga baru itu apabila dia mula beristighfar.

Cuba berbincang tapi tak diendah

Peniaga baru itu cuba untuk berbincang dengan individu tersebut tetapi mereka menaikkan lagi suara malah dia juga turut mengutuk keluarga peniaga baru itu.

Apabila peniaga baru itu berkata mereka menjual nasi lemak kerana ada permintaan, individu tersebut berkata ia hanyalah penipuan dan menolak kenyataan tersebut.

Dengkinya!

Dalam ruangan replies di tweet tersebut, rata-rata netizen tidak puas hati dengan tindakan individu tersebut. Ramai yang merasakan situasi itu tidak sepatutnya terjadi kerana ia adalah persaingan yang sihat.

Ada juga netizen yang memberitahu bahawa gerai nasi lemak individu tersebut memang kurang dari segi kebersihan dan ramai yang sudahpun boikot gerai tersebut.

image is not available

Hmm, meniaga je lah sama-sama, kan semua orang suka nasi lemak…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.