Denmark Akan Menghalang Akses Platform Media Sosial Untuk Pengguna Bawah 15 Tahun

WorldTechnology
9 Nov 2025 • 12:13 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Denmark akan mengharamkan pengguna bawah 15 tahun untuk menggunakan platform media sosial. Langkah ini diambil bagi memastikan kesihatan mental remaja dipelihara menurut Perdana Menteri Mette Frederiksen. Menteri Pendigitalan Denmark Caroline Stage Olsen pula berkata media sosial mencuri zaman dan kesejahteraan kanak-kanak.

image is not available

Walaupun pengguna bawah 15 tahun akan diharamkan memiliki akaun media sosial, pengecualian akan diberikan untuk pengguna 13 tahun ke atas sekiranya menerima kebenaran daripada ibu-bapa atau penjaga. Sungguhpun begitu kelonggaran ini hanya akan tergunapakai untuk platform tertentu sahaja yang belum lagi diumumkan kerajaan Denmark.

Apabila berkuatkuasa kelak, Denmark akan menjadi negara kedua selepas Australia mengharamkan akses media sosial kepada pengguna remaja. Australian akan menguatkuasakan pengharaman untuk pengguna bawah 16 tahun akan berkuatkuasa 10 Disember ini. Laman yang gagal menghalang boleh dikenakan denda A$49.5 juta (~RM 134 juta). Setakat ini hanya Discord, GitHub, LEGO Play, Roblox, Steam, Steam Chat, Google Classroom, Messenger, WhatsApp dan YouTube Kids sahaja terlepas daripada penguatkuasaan ini.