“Madani ke Mamdani?” – Podcaster US Tersalah Tulis Nama Datuk Bandar New York Yang Baru

LocalPolitics
7 Nov 2025 • 5:15 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Pelantikan Zohran Mamdani sebagai Datuk Bandar Muslim pertama New York pada Selasa mencuri perhatian rakyat Malaysia bukan hanya kerana pencapaian tersebut, tetapi kerana satu kesilapan sebutan yang tular di media sosial.

Di media sosial Amerika Syarikat, ramai pengguna tersalah menyebut nama keluarga (surname) Mamdani sebagai ‘Madani’  iaitu satu slogan yang sudah tiga tahun menjadi identiti pentadbiran Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX).

Isu itu bermula apabila seorang podcaster berhaluan kanan di AS mendakwa bahawa ‘Madani’ pernah cuba menghalang kehadiran mendiang komentator konservatif Charlie Kirk pada satu acara di New York pada 2023.

New York City, make your voice heard. For Charlie!

— Riley Gaines (@Riley_Gaines_) November 4, 2025

Kesilapan itu kemudiannya disedari netizen Malaysia yang mengaitkannya dengan slogan politik tempatan.

Bagi rakyat Malaysia, perkataan ‘Madani’ ialah istilah Arab yang membawa maksud ‘sivil’ atau ‘berperadaban’ yang juga sinonim dengan gagasan kerajaan berasaskan nilai seperti belas ihsan, integriti dan tadbir urus baik.

Apabila, ciapan tersebut tular, sudah pastinya netizen Malaysia membanjiri ruang replies pada hantaran tersebut dengan respon yang mencuit hati.

image is not available

Sebagai info, sejarah tercipta apabila Zohran Mamdani, seorang anggota Dewan Perundangan Negeri New York dan wakil kawasan Queens yang juga seorang beragama Islam, dipilih sebagai Datuk Bandar ke-111 Kota New York.

Sumber: South China Morning Post, X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.