Dentuman gempita buka LIMA’25, Tim Pyro EOD TUDM wira disebalik aksi berani

20 May 2025 • 3:23 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pembukaan rasmi Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25) hari ini diserikan dengan pertunjukan letupan taktikal yang mengagumkan oleh Tim Pyro EOD (Explosive Ordnance Disposal ) Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), sekali gus mencuri perhatian pengunjung tempatan dan antarabangsa.

Pasukan elit itu terdiri daripada empat pegawai dan 18 anggota lain-lain pangkat (LLP) yang berkemahiran tinggi dalam pengendalian bahan letupan serta demonstrasi taktikal berskala besar.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Tim Pyro EOD TUDM wira disebalik aksi berani

Dalam sesi pembukaan yang digelar Opening Gambit, pasukan ini melaksanakan tiga fasa letupan berturutan dimulakan dengan ‘fireball’, diikuti dengan ‘straffing’, dan diakhiri dengan ‘firewall’ sepanjang 300 meter.

TUDM dalam satu kenyataan berkata, keselamatan dan ketepatan semasa persembahan diberi keutamaan tertinggi.

“Dengan menitikberatkan keselamatan dan pengendalian bahan letupan yang tinggi, keupayaan Tim Pyro EOD TUDM terbukti dalam menentukan kemuncak pembukaan LIMA`25 dilaksanakan dengan gilang-gemilang,” menurut kenyataan itu.

image is not available

image is not available

Pertunjukan tersebut dilihat bukan sahaja menonjolkan profesionalisme dan pengalaman anggota TUDM, malah memperkukuh reputasi Malaysia sebagai tuan rumah pameran pertahanan bertaraf antarabangsa.

image is not available

LIMA’25 yang berlangsung dari 20 hingga 24 Mei menghimpunkan lebih 600 pempamer dari 60 negara, sekali gus menjadikannya antara acara pertahanan dan aeroangkasa terbesar di rantau Asia Pasifik tahun ini.

Sumber: FB TUDM