Denza Akan Ditawarkan Di Malaysia – Sub-Jenama Kereta Elektrik Premium Mewah Di Bawah BYD

TechnologyDigitalCars
8 Oct 2024 • 11:49 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

BYD baru sahaja mencatatkan jualan lebih 10,000 kereta elektrik di Malaysia, dan kini turut memeterai perjanjian bersama Sime Darby dalam mengimport masuk kenderaan berjenama Denza – iaitu sub-jenama dibawah BYD yang memfokuskan kepada penawaran kereta elektrik premium dan mewah.

image is not available

Pihak BYD mengatakan langkah ini membawa kepada dimensi baharu dalam penawaran kenderaan elektrik di pasaran Malaysia, melalui kenderaan yang menyertakan pengalaman dan ciri pemanduan yang lebih terkini dari segi teknologi dan penawarannya.

Buat masa ini, ia tidak dikongsikan lagi apakah model kenderaan pertama, dan tarikh pelancaran kereta Denza pertama di Malaysia. Mungkin kita akan mendengar lanjut mengenainya dalam masa terdekat ini.