Lebih 10,000 Kereta Elektrik BYD Telah Terjual Di Malaysia Setakat Ini

TechnologyDigitalCars
8 Oct 2024 • 10:24 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sime Darby Motors kini berkongsi pencapaian terbaru, mengatakan lebih 10,000 kereta BYD telah terjual di Malaysia setakat ini. Dengan perkembangan ini, Sime Darby turut menyasarkan untuk mencapai angka jualan 10,000 yang seterusnya dalam tempoh masa yang lebih singkat berbanding sebelum ini.

image is not available

Sebelum ini, BYD telah memasuki pasaran Malaysia pada penghujung tahun 2022 yang lepas, melalui kereta BYD Atto 3. Sejak daripadanya, ia telah berkembang pesat, dan kini mempunyai 26 pusat jualan seluruh negara, termasuk 19 rakan pengedar, 16 pusat 3S BYD, dan 10 pusat 1S BYD.

BYD turut menyasarkan untuk memperluaskan kepada lebih 30 pusat jualan menjelang penghujung 2024 ini.