DENZA B8 Tampilkan Formula Baharu SUV Off-Road Mewah Dengan Teknologi DMO Super Hybrid

LocalCars
9 Jun 2026 • 9:04 AM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

Image from: DENZA B8 Tampilkan Formula Baharu SUV Off-Road Mewah Dengan Teknologi DMO Super Hybrid

Segmen SUV off-road mewah di Malaysia kini menerima pencabar baharu menerusi DENZA B8, model plug-in hybrid pertama daripada DENZA yang menggabungkan teknologi elektrifikasi, keupayaan off-road dan keselesaan premium dalam satu pakej lengkap.

Dibangunkan berasaskan platform DMO (Dual Mode Off-Road) Super Hybrid milik BYD, DENZA B8 menggabungkan enjin turbo 2.0 liter bersama dua motor elektrik dan bateri Blade Battery. Hasilnya, SUV ini menghasilkan kuasa sehingga 450 kW dan tork 760 Nm, sekali gus menawarkan prestasi responsif untuk kegunaan harian serta perjalanan jarak jauh.

Selain prestasi, DENZA B8 turut menampilkan jarak pemanduan elektrik sepenuhnya sehingga 115 km dan jarak gabungan sehingga 1,040 km (NEDC), menjadikannya antara model plug-in hybrid yang menawarkan fleksibiliti tinggi dalam pelbagai situasi pemanduan.

Image from: DENZA B8 Tampilkan Formula Baharu SUV Off-Road Mewah Dengan Teknologi DMO Super Hybrid
Image from: DENZA B8 Tampilkan Formula Baharu SUV Off-Road Mewah Dengan Teknologi DMO Super Hybrid

Aspek pengendalian pula dipertingkatkan menerusi sistem suspensi pintar DiSus-P Intelligent Hydraulic Body Control yang mampu melaras karakter suspensi secara automatik mengikut keadaan jalan dan gaya pemanduan. Sistem ini membantu meningkatkan kestabilan serta keselesaan sama ada ketika memandu di bandar atau laluan mencabar.

Dari segi reka bentuk, DENZA B8 menampilkan identiti luaran berinspirasikan ‘Starship Mecha’ yang menyerlahkan imej moden dan lasak. Ruang kabin pula menawarkan kemasan premium termasuk penggunaan kulit Nappa untuk varian Premium serta sistem audio Devialet® 18 pembesar suara yang meningkatkan pengalaman pemanduan.

Menurut DENZA Malaysia, gabungan teknologi DMO Super Hybrid, sistem kawalan casis DiSus-P dan kabin premium menjadikan DENZA B8 sebagai antara SUV paling maju dalam segmennya, khusus untuk pengguna yang mahukan prestasi, teknologi dan kemewahan tanpa kompromi.

The post DENZA B8 Tampilkan Formula Baharu SUV Off-Road Mewah Dengan Teknologi DMO Super Hybrid appeared first on TW Media.