“Depan mata saya” – Bapa ‘Ah Ko’ Sayu, Masih Dihantui Tragedi Kemalangan Yang Meragut Nyawa Anak

Local
21 May 2026 • 6:35 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

ft ah ko

Jasad mangsa nahas ngeri yang berlaku di Manir, Kuala Terengganu telah dibawa pulang ke kampung halamannya di Kelantan hari ini untuk upacara pembakaran mayat.

Upacara pembakaran mayat remaja berumur 19 tahun yang dikenali sebagai Wah Han Keong itu dilakukan di Kuil Buddha Ariyakiri di Kampung Aril, Pauh Lima yang dihadiri oleh ahli keluarga dan kenalan yang berkumpul bagi memberikan penghormatan terakhir.

Bapa mangsa, Wah Tee Tun, 49, berkata, rumahnya kini sunyi selepas pemergian anaknya yang tidak pernah lupa untuk mengucapkan selamat pagi dan selamat malam kepadanya dan isteri.

Tee Tun berkata, sehingga kini dia masih lagi dihantui tragedi yang telah meragut nyawa anaknya sampaikan tidak dapat tidur sejak dua malam lalu.

“Depan mata saya nampak tiang lampu menembusi cermin hadapan van. Saya nampak kepalanya jatuh berhampiran kaki. Darah mengalir dari kepalanya seperti air paip.”

Screenshot 2026 05 21 180950

Jelasnya, mendiang Han Keong atau lebih mesra dengan panggilan Ah Ko itu adalah seorang anak yang baik dan rajin bekerja. Malah Ah Ko yang kini sedang menunggu keputusan SPM untuk melanjutkan pengajian itu juga tidak pernah merungut walaupun kerja yang dilakukan berat dan menguji fizikal.

Kata Tee Tun lagi, anak sulung daripada dua orang beradik itu bercita-cita ingin menyambung pengajian dalam bidang automotif di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin di Dungun atau Politeknik Kota Bharu di Kok Lanas.

“Ia memang sesuai untuk Ah Ko kerana bidang automotif adalah impiannya sejak kecil lagi.”

Screenshot 2026 05 21 181020

Tambahnya, dia dan keluarga kini sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang berkenaan dengan insiden itu dan mendapatkan nasihat pakar.

Sebelum ini, Han Keong yang membantu bapanya dalam melakukan kerja pendawaian meninggal dunia selepas van yang dinaiki bersama bapanya terlibat dalam satu kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Losong Feri di Kuala Terengganu, Selasa lalu.

Sumber: Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article