Dera wanita Indonesia hingga badan melecur, enam lelaki dicekup

19 Oct 2026 • 11:31 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Dera wanita Indonesia hingga badan melecur, enam lelaki dicekup

SEBERANG PERAI – Polis menahan enam lelaki termasuk seorang majikan bagi membantu siasatan kes penderaan seorang wanita warga Indonesia hingga mangsa mengalami kecederaan melecur pada seluruh badan di Tanjong Sepat, Selangor, baru-baru ini.

Kesemua suspek diberkas di sebuah premis perniagaan di Jalan Merbau, Pusat Perniagaan Oren, Butterworth di sini, kira-kira pukul 6.30 petang tadi.

Operasi tersebut dijalankan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dengan bantuan JSJ, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman berkata, operasi itu dijalankan susulan siasatan kes penderaan wanita terbabit yang dilaporkan berlaku pada 16 Oktober lalu.

“Polis menahan enam lelaki termasuk majikan mangsa bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 (Akta 670).

“Bagaimanapun, identiti kesemua suspek masih dalam proses dikenal pasti,” katanya di sini, malam tadi. -KOSMO! ONLINE

The post Dera wanita Indonesia hingga badan melecur, enam lelaki dicekup appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved