Derbi Borneo janji cabaran getir

5 Sep 2026 • 4:44 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Derbi Borneo janji cabaran getir

Kota Kinabalu: Pasukan tuan rumah, Sabah FC, berdepan cabaran getir mengejar masa untuk memulihkan tahap kecergasan optimum menjelang pertemuan menentang Kuching City dalam aksi ‘Derbi Borneo’ di Stadium Likas malam ini (Sabtu), susulan perlawanan sengit menentang Selangor FC dalam saingan Piala FA Rabu lalu.

Walaupun berdepan kekangan masa pemulihan, ketua jurulatih Juan Torres Garrido (gambar) kekal fokus; menyatakan keterujaan menghadapi perlawanan ini dan mengharapkan para pemain memberikan aksi terbaik mereka.

“Kami teruja untuk beraksi dalam perlawanan ini. Ia merupakan satu lagi ujian hebat buat kedua-dua pasukan. Namun, kami baru sahaja bermain dua hari lalu menentang Selangor FC, sebuah lagi pasukan yang berkualiti tinggi.

“Situasi ini menuntut tenaga yang besar daripada para pemain kerana mereka perlu mengharungi tiga perlawanan dalam tempoh tujuh hari menentang dua pasukan hebat, dan ia berlaku pada peringkat awal musim.

“Walau bagaimanapun, keadaan pemain sentiasa dipantau dari hari ke hari bagi memastikan pasukan dapat membuat persiapan sebaik mungkin, meskipun berdepan keadaan yang kurang ideal akibat jerebu,” katanya.

Beliau juga tidak mendedahkan butiran mengenai kesebelasan utama, sambil memberi bayangan bahawa peminat tidak seharusnya menjangkakan sebarang perubahan besar.

“Pendekatan kami lebih tertumpu kepada strategi perlawanan dan tenaga yang diperlukan untuk melaksanakan tempo permainan yang kami inginkan,” tegasnya.

Garrido turut menyeru para peminat agar hadir beramai-ramai membanjiri stadium bagi menyuntik semangat pasukan untuk meraih kemenangan.

“Kami perlukan stadium yang penuh sesak. Kehadiran penyokong yang ramai memberikan kami suntikan semangat tambahan untuk mengharungi detik-detik sukar, serta mewujudkan suasana sempurna untuk meraikan detik-detik gemilang bersama-sama,” ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved