Deretan kedai di pekan lama Sungai Petani terbakar lagi

25 Dec 2023 • 4:11 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Deretan unit kedai di Jalan Kuala Ketil, pekan lama Sungai Petani kembali terbakar pada Isnin.

SUNGAI PETANI - Kebakaran dilaporkan berlaku semula di deretan unit kedai di Jalan Kuala Ketil, pekan lama Sungai Petani di sini, pada jam 1.23 petang, Isnin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani, Timbalan Penguasa Bomba Ismail Mohd Zain berkata, kebakaran berlaku di unit sama yang terlibat dalam kebakaran tengah malam tadi.

Beliau berkata, kejadian terbaharu itu menyebabkan dua unit kedai terbakar kira-kira 50 peratus.

"Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah menerima panggilan berhubung kejadian tersebut pada 1.23 petang.

"Sehubungan itu, sepasukan 15 pegawai dan anggota dari BBP Sungai Petani digerakkan bersama dua jentera, tangki air dan EMRS Sungai Petani ke lokasi kebakaran," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau memaklumkan, operasi pemadaman turut dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Bakar Arang dan PBS Sungai Petani.

Beliau menambah, tindakan pemadaman dilakukan menggunakan aliran 61 meter serta tiga pancutan dari jentera bomba dan PBS.

"Kebakaran dapat dibendung dan tiada mangsa dilaporkan cedera setakat ini," katanya.

Sebelum ini, media melaporkan deretan enam unit kedai di Jalan Kuala Ketil, Pekan Lama Sungai Petani di sini, terlibat dalam kebakaran tengah malam tadi.

Tiga unit kedai terbakar kira-kira 90 peratus, manakala tiga lagi terbakar kira-kira lima peratus.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved