Deretan kereta mewah & ratusan barang milik Vida bakal dilelong hujung bulan ini

LocalBusiness & Finance
16 Oct 2025 • 9:24 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Selepas hampir setahun tertangguh, akhirnya proses lelongan empat kereta mewah dan 727 barangan peribadi milik usahawan sensasi, Datuk Seri Vida, bakal berlangsung pada 30 Oktober ini.

image is not available

Empat kereta mewah akan dilelong hujung bulan

Memetik laporan daripada Buletin TV3, notis perisytiharan jualan lelong yang disiarkan dalam sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris telah dilakukan oleh pihakpemiutang, AH Design Communication Sdn. Bhd., selepas Vida gagal membuat bayaran tertunggak kepada syarikat subkontraktor berkenaan.

image is not available

Kereta mewah dan barangan peribadi dilelong selepas proses asal ditangguhkan

Difahamkan, usahawan itu sebelum ini cuba menangguhkan proses lelongan dengan alasan barangan yang disita merupakan barangan pinjaman.

Namun, mahkamah menolak permohonannya selepas pihak Vida gagal mengemukakan bukti kukuh.

image is not available

Terdahulu, sekitar 727 barangan milik Vida disita dalam operasi selama lima jam di banglo mewahnya di Ipoh pada 25 November tahun lalu. Antara yang disita termasuk pembakar roti jenama Sharp, penapis air Coway, meja solek, peti sejuk, serta empat buah kereta mewah.

Barangan itu dirampas selepas Vida gagal menjelaskan baki tunggakan lebih RM1 juta kepada AH Design Communication sejak tahun 2018.

Acara lelongan tersebut sepatutnya berlangsung pada 9 Disember tahun lalu, namun ditangguhkan selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Vida pada waktu itu.

Nampaknya kali ini tiada lagi penangguhan dan semua barangan serta kenderaan mewah itu bakal dilelong kepada umum hujung bulan ini.