Nahas 4 Kereta, 1 Maut, 8 Cedera

27 Sep 2025 • 5:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Seorang bayi lelaki berusia 12 bulan maut manakala lapan lagi cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Plaza Tol Bukit Kajang, Kajang pagi tadi.

Kemalangan itu melibatkan sebuah lori tiga tan yang membawa barangan lusuh, kenderaan pacuan empat roda jenis Nissan X-Trail milik Jabatan Kerja Raya (JKR), sebuah kereta jenis Honda City dan Proton X70.

image is not available

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11 pagi.

image is not available

“Kami tiba kira-kira 11 minit kemudian dan mendapati seorang bayi lelaki ditemui tersepit di bawah kereta Nissan X-Trail. Mangsa berjaya dikeluarkan pada jam 11.30 pagi namun disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.

image is not available

Ahmad Mukhlis berkata, seorang lelaki yang turut tersepit di bawah kenderaan sama berjaya dikeluarkan 10 minit lebih awal dan dihantar ke hospital untuk rawatan.

“Tujuh lagi mangsa yang mengalami kecederaan telah dibawa ke hospital oleh pasukan perubatan KKM sebelum pihak bomba tiba,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved