Derma Darah Sebanyak 78 Kali, Warga Emas Diberi Pingat Penghargaan

LocalHealth & Fitness
20 Nov 2025 • 11:27 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Derma Darah Sebanyak 78 Kali, Warga Emas Diberi Pingat Penghargaan

Amalan menderma darah merupakan salah satu tindakan yang mulia dan wajar dipuji kerana dengan hanya satu beg darah, ia mampu menyelamatkan nyawa.

Baru-baru ini tular perkongsian daripada laman Derma Darah Terengganu Kite di Facebook mengenai seorang warga emas yang telah mendermakan darahnya sebanyak 78 kali.

Menerusi kiriman itu, Sabri telah menerima pingat emas sebagai tanda penghargaan atas usahanya untuk membantu orang ramai.

image is not available
Kredit: Derma Darah Terengganu Kite

“Jasamu sentiasa dikenang adiwira kami, 11 September 2019 merupakan tarikh terakhir Sabri hadir menderma darah buat kali ke-78 kerana beliau tidak layak lagi menderma selepas itu atas faktor kesihatan.

“Eja selaku anaknya juga merupakan penderma darah tegar kami mewakili ayahnya menerima pingat emas sebagai sedikit tanda penghargaan sekaligus menebus medal untuk dirinya sendiri kerana telah menderma sebanyak 12 kali.

“Setibanya di rumah, Puan Eja menyampaikan pingat tersebut kepada ayahnya dan berkongsikan gambar tersebut sebagai kenangan buat warga Derma Darah Terengganu Kite,” katanya.

BACA: Bayangkan Jika Internet Lenyap, Ini 5 Kesan Besar Yang Mungkin Berlaku

image is not available
Kredit: Derma Darah Terengganu Kite
image is not available
Kredit: Derma Darah Terengganu Kite

Jabatan itu juga turut mengucapkan terima kasih kepada semua penderma yang berterusan menderma darah mereka.

“Terima kasih kepada semua adiwira kerana sudi mendermakan darah anda walaupun tiada ganjaran nyata yang diberi tetapi hanya pahala yang berterusan buat kalian

“Ayuh bersama-sama teruskan misi menderma darah ini selagi masih direzekikan tubuh badan yang sihat,” katanya.

Sumber: Derma Darah Terengganu Kite

The post Derma Darah Sebanyak 78 Kali, Warga Emas Diberi Pingat Penghargaan appeared first on Siakap Keli.