
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Masjid merupakan salah satu tempat ibadah yang sering dikunjungi oleh umat Islam untuk menunaikan solat, bermusyawarah, mengeratkan silaturahim dan banyak lagi.
Jika di Malaysia terdapat banyak masjid yang menarik dan cantik malah ia turut dijadikan sebagai salah satu kawasan pelancongan untuk orang luar mengenali Islam.
Malah antara masjid yang sering menjadi perhatian orang ramai adalah Masjid Putra, Masjid Wilayah Persekutuan, Masjid Sri Sendayan dan banyak lagi.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Masjid Sri Sendayan: Masjid Gah Atas Wakaf Seorang Lelaki Hebat
Lelaki tunjuk Masjid Kayu di Kelantan
Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan sebuah masjid yang diperbuat daripada kayu telah menjadi perhatian ramai.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Abu Khaleef di TikTok, awalnya kelihatan dia menunjukkan suasana di sebuah masjid kayu di Kelantan.
Kelihatan masjid berkenaan direka dengan begitu unik kerana setiap perinciannya menggunakan ukiran kayu termasuklah pada bahagian tangga dan perhiasan dalaman.
Kedengaran suara anak kecil sedang melaungkan azan
Bahkan kedengaran suara kanak-kanak yang dipercayai pelajar tahfiz dari Darul Quwwah sedang melaungkan azan.
“MasyaAllah, sampai je Masjid Kayu ni, bergema azan yang sangat merdu aluanannya sama seperti di Masjidil Haram.
“Masjid kayu ini adalah sebahagian dari Madrasah Tahfiz Darul Quwwah di Pasir Tumboh, Kelantan,” ujarnya.
Menurut Abu, kanak-kanak yang sedang melaungkan azan itu dikenali sebagai Al Fateh Abu Salman, dia merupakan pelajar tahfiz dan pernah beberapa kali memenangi pertandingan azan.
Madrasah ditubuhkan pada tahun 2020
Jelasnya madrasah Tahfiz Darul Quwwah itu sudah ditubuhkan sejak tahun 2020 dan mempunyai pelajar seramai 20 orang dalam satu masa.
Apa yang lebih menarik sehingga kini seramai 10 orang pelajar sudahpun menamatkan hafalan 30 juzuk Al-Quran
Bukan hanya itu, madrasah itu juga tidak pernah mengenakan sebarang yuran kepada pelajar yang menuntut di situ dan mereka hanya menerima sumbangan daripada orang dermawan.
Malah sebarang derma secara terbuka juga tidak pernah dilakukan oleh madrasah berkenaan.
MasyaAllah, tenang sungguh hati dengar alunan azan Adik Al Fateh Bin Abu Salman di Madrasah @Tahfiz Darul Quwwah yg ke tadbir oleh Al Fadhil Ustaz @Fikri. #azan #merdu #madrasah #fypシ
Ramai terpegun lihat keunikan masjid dan kemerduan suara pelajar tahfiz
Melihat di ruangan komen ramai yang terpegun dengan keunikan masjid tersebut kerana ia diperbuat daripada kayu.
Malah ada juga yang ingin berkunjung ke masjid tersebut serta memuji kemerduan suara adik Al Fateh melaungkan azan.
“MasyaAllah, Allahuakbar, anak-anak syurga”

“Cantik masjid. Laungan azan anak tu pun sedap”

“Allah maha besar. Dik awak buat acik menitik air mata, merdu sungguh. Menusuk ke dalam hati acik dik”

“MasyaAllah, cantiknya masjid. Suara merdu. Allahuakbar, kau berkatilah semua anak-anak tahfiz. Tenaga pengajar dan pemilik masjid ini.”




![Pening Kepala Nak Buat Loan Kereta 5 Atau 9 Tahun? Ini Pandangan Pendidik Kewangan [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/cars.jpeg)

![Dakwaan Vlogger Korea Ditegur Buat Simbol Tangan Peace Kerana Ia Dilarang Di Turkiye Raih Perhatian [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/travel.jpeg)