
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Hari ini (17 Julai) telah berlangsungnya sambutan ulang tahun ke-44 butik jam terkenal, Solar Time di IOI City Mall, Putrajaya.
Bersempena dengan ulang tahun ini juga, Solar melancarkan identiti jenama baharu yang bukan sahaja menghargai lebih empat dekad seni pertukangan dan inovasi, tetapi turut meraikan masa depan yang penuh gaya.
Rekaan terbaharu ini menandakan titik penting dalam evolusi jenama – lembaran baharu yang sarat dengan style, precision dan passion.
Solar Time IOI City Mall Berwajah Baharu
Seiring dengan transformasi ini, butik avant-garde Solar Time di IOI City Mall, Putrajaya juga berwajah baharu – serba oren dan begitu moden.
Ia kini menawarkan suasana membeli belah yang menggabungkan warisan dengan sentuhan moden, di mana setiap perincian direka dengan penuh teliti.
Pasukan jualan profesional yang berpengalaman juga sedia memberikan servis peribadi dengan membantu pelanggan meneroka segala koleksi jam tangan dari pelbagai jenama yang terdapat di dalam butik ini antaranya seperti:
- Suunto
- Bonia
- iGear
- Cerruti 1881
- Charles Jourdan
- Hummer
- Kenneth Cole
- Orient
- Timberland
- Alain Delon
- Huawei
BASS hadir memeriahkan majlis

Majlis pelancaran rasmi ini turut diserikan dengan kehadiran penyanyi dan pelakon popular Bella Astillah serta Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq – pasangan yang kini popular dengan gelaran BASS.
Kedatangan mereka juga ternyata menambah seri dan glamor, sekaligus mencerminkan warisan kukuh dan semangat mara ke hadapan yang diterapkan Solar Time.
Wajah Baharu, Visi Baharu
Logo Solar Time yang diperbaharui kini terdiri dari typografi moden yang solid dengan efek bayangan (shadow) mencipta ilusi 3D yang mengagumkan.
Tona dan warna jingga yang digunakan pula melambangkan sinaran matahari yang melambangkan tenaga dan semangat Solar Time untuk terus bersinar.
Menurut Time Solar, Elemen “ST” yang memanjang seolah-olah pancaran cahaya matahari, menggambarkan gerak maju jenama ini dalam mengejar keanggunan abadi.
Satu lagi elemen penting dalam identiti visual baharu ini ialah lambang bulat “ST” yang mewakili matahari sebagai teras – menandakan ritma masa itu sendiri.
BONIA Everbloom – Eksklusif di Solar Time

Sebagai tanda meraikan ulang tahun ke-44 dan pembukaan butik berwajah baharu, Solar Time memperkenalkan jam edisi khas BONIA Everbloom BNB10837-2525SE.
Rekaan ini adalah simbol keanggunan, pertumbuhan, dan kekuatan yang tenang – mengabadikan makna “mekar bersama masa”.
Jam eksklusif ini hanya boleh didapati di butik Solar Time terpilih dan kedai rasmi dalam talian. Dengan harga RM498, ia adalah pilihan hebat bagi mereka yang mengidamkan keanggunan abadi.
Foto




