“Design Zaman Bila Ni?” – Rekaan Logo Baharu Pelancongan Terengganu & TMT 2027 Undang Kritikan

LocalTravel
10 Jul 2026 • 4:47 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Baru-baru ini, laman Beautiful Terengganu Malaysia yang merupakan laman rasmi Tourism Terengganu memaklumkan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Negeri Terengganu, Datuk Razali bin Idris telah memperkenalkan logo baharu pelancongan sempena Tahun Melawat Terengganu 2027 (TMT 2027).

Selain itu, slogan Beautiful Terengganu Malaysia yang sebelum ini digunakan turut digantikan dengan slogan baharu iaitu Truly Terengganu.

Slogan Truly Terengganu Papar Identiti Sebenar Negeri

Menerusi hantaran di Facebook, penjenamaan semula slogan tersebut menampilkan identiti negeri berteraskan budaya, warisan serta keindahan alam semulajadi dan nilai hospitaliti masyarakat Terengganu.

“Reka bentuknya yang moden dan mudah dikenali diharap dapat memperkukuh penjenamaan pelancongan negeri, meningkatkan keberkesanan promosi serta memperluaskan daya tarikan Terengganu sebagai destinasi pilihan pelancong dari dalam dan luar negara,” kata pentadbir akaun itu lagi.

Imej Penyu Dikekalkan, Rekaan Logo Guna Lebih Dari Satu Warna

Laman itu turut berkongsi logo rasmi yang mengandungi imej penyu sebagai simbolik kepada negeri itu.

Namun apa yang menjadi perhatian adalah penyu berkenaan diwarnakan dengan lebih dari tiga warna antaranya seperti hijau, biru, merah jambu dan merah serta bentuk segi empat tepat yang mengelilingi haiwan berkenaan dan perkataan ‘Truly Terengganu’.

Menurut laman rasmi Tourism Terengganu itu lagi, penggunaan logo rasmi terbaharu itu juga wajib digunakan pada semua bahan promosi program serta acara rasmi kerajaan sempena Tahun Melawat Terengganu 2027.

“Langkah ini bertujuan memastikan keseragaman identiti visual dan memperkukuh pengiktirafan jenama pelancongan Negeri Terengganu di peringkat nasional dan antarabangsa,” katanya.

Logo Baharu Cetus Perdebatan Ramai

Walau bagaimanapun, hantaran itu nyata mengundang pelbagai reaksi dari pengguna media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengkritik dan mengecam rekaan logo berkenaan.

Ada segelintir yang berpendapat, logo Beautiful Terengganu yang sebelum ini digunakan jauh lebih cantik berbanding rekaan yang terbaharu itu.

Bukan itu sahaja, segelintir warganet berpendapat logo tersebut dilihat lebih kurang sama dengan rekaan logo Tahun Melawat Terengganu yang pernah dihasilkan pada 1997.

Apa yang membezakan hanyalah bentuk dan warna penyu serta tulisan yang terdapat pada logo berkenaan.

View on Threads

Ramai Persoal Di Mana Rekaan Logo Para Peserta

Malah difahamkan sebelum ini, satu pertandingan rekaan logo telah dianjurkan sempena penggunaan slogan terbaharu itu serta Tahun Melawat Malaysia 2026 dan Tahun Melawat Terengganu 2027 bermula 29 Disember 2025 sehingga 1 Februari lalu yang mendapat sebanyak 244 penyertaan.

Lantaran itu, netizen mempersoalkan kriteria pemilihan dan tiada langsungkah rekaan dari 244 penyertaan berkenaan yang boleh digunakan sebagai logo baharu pelancongan.

Sehingga artikel ini ditulis, tiada sebarang kenyataan rasmi dari Tourism Terengganu dan Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu berhubung isu berkenaan.

BuzzKini akan cuba menghubungi pihak Tourism Terengganu bagi mendapatkan maklum balas berhubung perkara ini.

View on Threads

Ini antara komen netizen:

“Buruk Nau La Logo, Ni Zaman 2000 Punya Design, Cuba Buka Mata, Bagi Generasi Muda Sikit Jadi Panel”

Image from: “Design Zaman Bila Ni?” – Rekaan Logo Baharu Pelancongan Terengganu & TMT 2027 Undang Kritikan

“Rasanya Lebih Moden Yang Ini (Beautiful Terengganu), Logo Baru Ini Macam Ciplak Logo Lama Dulu, Cuma Letak Warna Sikit Je”

Image from: “Design Zaman Bila Ni?” – Rekaan Logo Baharu Pelancongan Terengganu & TMT 2027 Undang Kritikan

“Logo Zaman Bila Ini? Dengan Boarder Petak Putus-Putus Tu, Penyu Gitu Colourful, Wording Style 20 Tahun Lepas, 2026 Dah Ni”

Image from: “Design Zaman Bila Ni?” – Rekaan Logo Baharu Pelancongan Terengganu & TMT 2027 Undang Kritikan

“244 Penyertaan Tapi Yang Ini Terpilih? Berat Nanang, Masih Lagi Berkait Dengan Logo Zaman Dahulu Kala”

Image from: “Design Zaman Bila Ni?” – Rekaan Logo Baharu Pelancongan Terengganu & TMT 2027 Undang Kritikan

Baca Artikel Berkaitan: Logo Tahun Melawat Malaysia 2020 Akan Ditambah Baik

Baca Artikel Berkaitan: “Kenapa Tiada Masjid Dalam Montaj?” – Dr Radzi Jidin Persoal Video Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026

Baca Artikel Berkaitan: Tourism Malaysia Dikritik Selepas Didakwa Guna AI Untuk Video Promosi Citrawarna 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved