Destiny of Music kembali untuk edisi kedua, tampilkan empat band popular!

LocalEntertainment
10 Oct 2024 • 3:36 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Selepas kejayaan luar biasa pada Jun lalu, konsert Destiny of Music kembali untuk edisi kedua yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam pada 15 November depan.

Destiny of Music kembali untuk edisi kedua!

image is not available

Kali ini, penganjur utama B De Paris Project menampilkan empat band popular iaitu Akim & The Majistret, Kugiran Masdo, Empty Page dan Insomniacks yang akan menghiburkan peminat dengan lagu popular selama dua jam.

Ketua Pegawai Eksekutif B De Paris Project, Burhan Ahmad berkata, sambutan positif yang diterima sewaktu penganjuran kali pertama telah mendorong pihaknya bagi meneruskan lebih banyak konsert sebegitu.

“Penganjuran ini mampu memartabatkan dan memberi inspirasi kepada penggiat seni tempatan menerusi platform sedia ada sekali gus membuka lebih banyak peluang kerjasama pada masa hadapan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum itu, sidang media konsert Destiny of Music 2.0 telah berlangsung di Royale Chulan Kuala Lumpur, hari ini.

image is not available

Burhan berkata, B De Paris Project berbesar hati atas kesudian empat band tersebut bagi menjayakan konsert kali ini selain memaklumkan pihaknya sedang membuat perancangan rapi untuk memastikan penganjuran berjalan dengan lancar.

“Kami berharap konsert ini akan berlangsung dalam suasana gemilang sekali gus memberi impak yang mendalam dengan tawaran harga tiket berpatutan,” ujarnya.

image is not available

Tiket mula dijual hari ini dengan harga RM55 (Silver), RM85 (Gold), RM135 (Diamond), RM155 (Platinum) dan RM285 (VIP) melalui www.ticket2u.com.my.

Konsert Destiny of Music 2.0 turut dibawakan oleh Sinemalis Studio dan Westzone Entertainment sebagai penganjur bersama, Zai Sri Gemilang selaku rakan strategik dan Oh My Media sebagai rakan media rasmi.